Saturday, December 12, 2009




Dah lm tak up date blog... hehehheeh tahap kemalasan yg mengunung tinggi dan melaut luas.... best la cite nur kasih kat tv3 tue...suka suka.. tp dah abis...aku pun nak jd cam nur amina gak la.. hehehehehe.. azam tahun depan...

Nur Kasih, Mencari Diri
http://www.iluvislam.com


Tidak dinafikan Nur Kasih mempunyai aura tersendiri dalam masyarakat. Saya sendiri jatuh cinta. Cinematography yang mempesona! MasyaAllah.
Tatkala Facebook dihujani kuiz-kuiz untuk melihat apakah watak Nur Kasih yang sesuai dengan diri, apakah kita benar-benar `melihat` mesej untuk dihayati?

Perihal Anak Muda”Kalau saya jadi Sarah, saya pun akan jadi seperti itu”, komen adik di sebelah.Saya kurang memahami. ”Seperti yang bagaimana?”.”Lihatlah cara ibu bapa mereka melayan Sarah dan kakaknya. Jauh berbeza”, komen yang lahir dari hati seorang anak muda.”Ye tak ye juga”, hati kecil saya mengakui.Jika saya membuat bancian, pasti ramai yang amat tidak menyukai watak Sarah. Tidak terkecuali watak Adam di awal cerita. Geram, marah, benci! Jauh berbeza dengan watak Aidil dan Nur Amina.Ironinya, Sarah dan Adam dibesarkan dalam sebuah keluarga berpendidikan agama. Namun, seperti lirik lagu, iman tidak dapat diwarisi.Terdapat beberapa persamaan antara watak Adam dan Sarah yang berperang dengan jiwa muda. Sifat terburu-buru, tidak sabar. Sifat melawan, tidak mahu mendengar kata. Sekalipun ibu bapa telah berusaha dan berdoa, sikap mereka tidak bertukar.Paradigma Uda dan Dara”Adam jahat! Adam anak setan!”, kata-kata Adam sewaktu kecil yang menempah tamparan daripada Mak Jah.Begitulah paradigma yang terbentuk dalam diri Adam. Dia seorang yang jahat. Lebih-lebih lagi apabila Ustaz dan Mak Jah mendidik Adam dengan kekerasan. Mereka sendiri mengakuinya tatkala berbicara di kamar tidur.”Mungkin cara didikan kita pada Adam silap. Selalu sangat dipukul. Jadi bebal anak tu”, luah Mak Jah, naluri seorang ibu berbicara.Sekalipun Adam kelihatan `jahat`, masih terselit ketaatannya pada ibu bapa.Ketika Ustaz sakit, Adam tetap pulang selepas dipujuk Aidil. Selain itu, niat Adam untuk pulang segera ke Australia dibatalkan apabila Ustaz jatuh sakit sekali lagi. Babak di kampung diakhiri dengan Adam mengikut kehendak bapanya, berkahwin dengan Nur (kisah dia mengabaikan Nur satu perkara lain).Berbeza dengan watak Sarah. Salah satu paradigma Sarah ialah mabuk bercinta tidak berbalas. Cinta buta. Selepas berusaha sedaya upaya mendapatkan cinta, barulah Sarah tersedar, ”Buruk sangat ke Sarah mak?”, tanya Sarah pada diri sendiri sebenarnya. Pertanyaan ketika di episod akhir.Kata orang, hendak dijadikan cerita. Kata saya, lihatlah, penulis tidak menjadikan cerita sia-sia!




Menganjak Paradigma Bayangkan watak Adam dan Sarah, paradigma mereka telah terbentuk hampir 20 tahun. Maka, untuk mengubah paradigma mereka ke arah yang positif, tentunya mengambil masa yang lama. Paradigma tidak berubah sekelip mata. Dengan izin Allah jua.Paradigma seseorang terbentuk sejak lahir. Banyak faktor yang mempengaruhi lalu membentuk persepsi. Ibu bapa, kawan-kawan, persekitaran dan media antara faktor yang menyumbang.Menariknya, anjakan paradigma Adam dan Sarah bermula dengan ujian. Ujian terus dari Allah swt. Adam kehilangan anak sulungnya bersama Katrina. Kemudiannya Adam dipenjara. Sarah pula ditimpa kemalangan merempuh cermin.Hidayah itu datang dengan pelbagai cara. Terpulang kepada individu melihatnya dengan mata hati. Hidayah melalui pencarian. Hidayah melalui ujian!
Pencarian Diri Bermula

Ujian yang menimpa Adam dan Sarah merupakan faktor luaran, sesuai sebagai permulaan untuk menganjak paradigma. Namun, tidak menjamin usaha untuk terus mengubah diri ke arah kebaikan. Jelas mesejnya bahawa untuk berubah, bergantung kepada individu. Adam dan Sarah perlu mencari selepas mereka di uji!Pencarian diri Adam diceritakan dengan panjang lebar berbanding Sarah yang `insaf` dihujung cerita.Secara umumnya, pencarian Adam mengenal diri dan Islam perlu dimulakan dengan diri sendiri walau penuh rintangan. Usaha dimulakan sedikit demi sedikit, syaratnya istiqamah.Adam memulakan pencarian tanpa bantuan abangnya Aidil. Bahkan, Adam menyedari, dia bertanggungjawab untuk mendidik Katrina, dirinya perlu berubah dahulu. Selain rintangan dari dalam diri, Adam perlu berhadapan dengan Katrina yang terkejut dengan perubahannya. Begitulah pencarian Adam bermula. Sunnah orang berjuang. Berjuang menentang diri sendiri. Berjuang menempuh rintangan.Namun, Adam berusaha sedikit demi sedikit. Asalkan istiqamah. Sekali-sekala Adam terbabas. Katrina menjadi mangsa `kekasarannya`. Namapun terbabas, segalanya pulih bahkan bertambah baik apabila Adam menyedari kelemahannya. Kembali ke atas track sebenar.



Membentuk Diri Setelah beberapa ketika mencari diri dan dalam masa yang sama cuba mengubahnya, sampailah ke satu tahap, Adam mampu untuk membetulkan kesilapan lamanya. Kesilapannya terhadap Nur Amina. Kesilapan terhadap ibu, ayah serta abangnya.Tanpa ujian sebagai permulaan, tanpa pencarian diri dan Islam, sukar buat Adam untuk menjatuhkan ego sendiri bagi membentuk diri ke arah yang lebih baik. Malah, membaiki kesilapan lalu. Sukar.Perubahan diri Adam berperingkat-peringkat. Adam tidak menjadi anak serta suami yang soleh sekelip mata. Bergantung kepada masa. Bergantung kepada izin Allah jua. Namun, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Bahkan Allah lah yang paling dekat tatkala hambaNya memohon padaNya. Cuma, hamba ini yang alpa berusaha. Astaghfirullah!Walaupun pada awalnya kaki Adam tersangkut untuk melangkah bersama ayah dan abangnya ke syurga, dia kemudiannya berusaha. Lalu Allah redha mengizinkan.Sarah pula menjatuhkan egonya apabila benar-benar redha untuk melepaskan Aidil. Aidil yang cukup bertakhta di hatinya sehinggakan lupa bahawa pemilik mutlak hati seorang hamba adalah tuannya, Allah swt.”Kak Nur kahwinlah dengan abang Aidil, Sarah tak kesah”, jelas keikhlasan diwajah Sarah dihujung cerita. Berbeza dengan dirinya yang bermuka-muka pada awalnya. Tanpa dinafikan, yang Maha Mengetahui ikhlas hanyalah Allah swt.


Berapa peratuskah `Sarah` dalam diri kita?
Aplikasi Buat Anak MudaMungkin kita tidak dilahirkan dalam keluarga ustaz mahupun imam seperti Adam dan Sarah. Namun, jangan kita lupa. Syarat untuk berubah adalah diri sendiri!Apabila balighnya anak Adam itu, maka mereka mampu berfikir. Mampu untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Mampu untuk mencari diri dan Islam.Buangkan tabiat menyalahkan ibu bapa, menuding jadi pada persekitaran dan media. Kita punya kuasa dan kawalan terhadap diri masing-masing. Berperanglah dengan diri sendiri untuk berubah. Berjuanglah walaupun sukar kerana kesukaran itulah sunnah.Apabila wujud kemahuan untuk berubah, jangan mudah menyerah kalah. Membina diri ibarat membina bangunan. Andai tergopoh-gapah dan menggunakan short-cut, alamatnya robohlah. Tidak bertahan lama!Sama-sama kita bersabar, jiwa muda. Selepas membina, cabaran untuk mempertahankannya pula. Mempertahankan iman dan Islam sehinggalah kita mati kelak.


Setiap Manusia Punya Kebaikan
”Sejahat mana pun seorang manusia, dirinya masih punya kebaikan”, tazkirah ayah pada suatu petang. ”Masih ingat cerita seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang? Apabila bertanya kepada seorang ulama`, bagaimanakah dirinya hendak bertaubat. Ulama` itu menjawab, lelaki itu tiada harapan, hanya layak ke neraka.””Maka beranglah lelaki tadi lalu dibunuhnya ulama` itu, mencukupkan 100 orang. Kemudian, lelaki itu berjumpa ulama` yang kedua. Soalan yang sama diajukan. Jawapan berbeza diberikan.””Kamu masih punya harapan untuk bertaubat kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang. Taubat nasuha”, begitulah berbezanya jawapan ulama` kedua. Jawapan penuh dengan kasih sayang. Dengan izin Allah jua Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.Lihatlah manusia dengan kasih sayang. Kata orang, ”Hate the sin, not the sinner”.Samada melihat orang disekeliling kita, mahupun kita melihat diri sendiri. Seburuk manapun, setiap diri punya kebaikan di dalam hati. Yakinlah.Ujian datang dan pergi. Mata hati yang celik membuatkan diri mencari. Akhirnya membentuk diri. Sebelum pulang menuju ilahi.Syaratnya diri sendiri!






Monday, November 9, 2009

Pisau Cukur...


sbtu lpas ari tue.. aku ngan member aku keluar ge center square nak tgk wayang... kami dah berjanji punya la lama nak keluar bersama.. finally berjaya jgk setelah menempuh bnyak halangan.. heheheheh..... ingatkan pisau cukur tak tayang ge kat sp.. tp tak menghampakan.. ada lo plak.. suka suka.. sbnar nyer suka tgk fazura n maya yg gedik lebih tue.. so aku pun sama gedik la tgk cite ne...

i like this girl... hehehehe.. jgn salah faham k.. ckit ckit msti ne terkeluar dr mulut dia.. oh my Gucci, Oh my Coach, Oh my Dior, Oh my Prada.. segala barang branded semua dia nak sbut la..hehehhe

yg ne dr kecik dok bercita2 nak kahwin ngan Tan Sri.. klau tak boleh pun ngan datuk.. of course la semua nak idup senang lenang.. sapa tak nak oiii....

cite pisau cukur ok la.. santai.. ge la tgk klau korang nak tgk kegedikkan si bella n intan ne.. i like.. pes nonton perut pun lapar.. ge tesco terus makan.. cam tak de tmpat la dah ktorg nee.. biasa la perut dah mengelupur lapar.. hentam saja la..

Sunday, November 8, 2009

Allah cipta sesuatu itu pasti da sebab nyer.... begitu jugak semut.. cb korang baca kartun kat bawah ne..

Pesan Atok : Episod Semut
www.iLuvislam.com









Jom munasabah diri selagi masih bernyawa ...

PAKU YANG LEKAT DI HATI
www.iluvislam.com







“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

Monday, November 2, 2009

Sejauh Manakah Kita Bersyukur Dalam Kehidupan Ini?


Dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak pernah terlepas daripada menghadapi perasaan susah hati, gusar, dan sebagainya. Tidak kira sehebat mana pun anda, anda akan tetap merasai perasaan tersebut. Pada pandangan peribadi saya, perasaan susah hati ini timbul apabila kita tidak memanjatkan kesyukuran atas kurniaan rezeki yang dikurniakan oleh-Nya.


Tanya pada diri anda sendiri, adakah setiap perjuangan yang anda lakukan dalam kehidupan seharian anda diakhiri dengan ucapan syukur kepada Allah S.W.T? Adakah anda seorang yang terlalu mengejar dunia sehingga lupakan amalan yang perlu dibawa ke akhirat kelak?


Ramai yang mengadu menghadapi kesukaran dalam kehidupan tidak kira daripada pelbagai aspek seperti kewangan, percintaan, keluarga dan sebagainya. Ketahuilah bahawa setiap kesukaran yang anda hadapi, pasti akan ada orang selain daripada anda yang menempuhi dugaan yang lebih dahsyat daripada anda. Oleh itu, sentiasalah bersyukur atas apa yang berlaku dalam diri anda dan sentiasa memperbaiki kehidupan anda pada masa akan datang.


Kuasa Bersyukur


Bersyukur bukan sahaja dapat mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T, malah ia dapat memberikan ketenangan yang tiada tandingannya. Setiap ketenangan itulah akan membawa kita untuk meneruskan kehidupan serta berusaha untuk meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik dan diberkati oleh-Nya.


Jadi mulai hari ini marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran atas segala kurniaan rezeki yang diberikan. Saya percaya setiap halangan dan cabaran yang diturunkan oleh Allah S.W.T pasti membawa hikmah yang mempunyai 1001 maksud tersirat. Sama-samalah kita berjuang ke jalan yang dibenar dan diredhai oleh-Nya.


Ya Allah Ya Razak, kurniakanlah kami rezeki yang halal dan diberkati olehmu dalam setiap saat ketika kami menjalankan kehidupan seharian kami. Sesungguhnya kami hanya hambamu yang lemah. Bantulah kami dan basahkanlah lidah kami ini agar kami dapat memanjatkan rasa kesyukuran atas segala kurniaan daripadamu Ya Allah..Amin..


Artikel ini di petik dari laman http://motivasikejayaan.com

Wednesday, October 21, 2009

Tahap kemalasan yg melampau neee...

Aduh sih.. mengapalah aku ne malas sgt ari ne.. bos tak de ge metting kat kl.. so ktorg huhahuha la kat ofis ne.. Pa la nak jd ngan ktorg nee.. klau bos tau ne.. nangis dia.. cam ne la nak ilangkan tahap kemalasan aku yg mengila ne?????????? tlg la wahai sahbt2 yg menjengah blog aku ne bg tips skit.. huhuhuhuhuhu

Tuesday, October 20, 2009

Meh kt motivasi diri ckit...

Ne da artikel aku copy dalam laman web ne www.iluvislam.com blh la korang baca wat pedomen masa depan..

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.

www.iluvislam.com
Zalikha
editOr:mawaryangtinggi




Bismillahirahmaniraheem..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.



Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Sunday, October 18, 2009

Aku dan kenduri kahwin...

Ari ahad aku amk coti.. da kenduri umah adk badik omak.. Kira cam bapak sedara la.. lps zohor br bertolak... dekat jer.. smbhyg siap2 senang ckit.. blh lepak lm ckit kat umah pengantin.. hehehehh.. mn tau berkat.. aura2 pengantin tue lekat kat aku plak.. heheheh anak sape ne gatai sgguh.. malu ehhhh... ala skali skala.. nak gegeh.. sampai terus jer tuju khemah nak cr makan.. mak aku lagi la terus masuk umah.. padahal tuan umah kat luar.. tue la kalot sgt.. tgk la mak sape.. sedap oooo dapat makan nasi kukus ngan daging cecah air asam.. meleleh air idung.. slurpppp.. tak de kemera la nak amik gmbr.. klau tak mst korang terliur.. kamera ngak ada si adk aku tue tak reti2 nak bw balik umah.. tue yg tak best tak leh nak publish kat korang la gmbr pengantin nyer..

korang tgk jer la gmbr aku copy kat tenet.. so sweet..


romantika nyer.. peluk ler puas2 dah sah.. hehheheheh

Pengantin so sweet..baju diorag kaler kuning nak coklat + oren.. ha lbh kurang cam tue ler.. yg kerawang2 tue kaler itam.. lawa gak.. hai tak reti la aku nak explain lebih2 bab baju pengantin ne.. klau aku ne designer lain la.. hehehehe So SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PAK LANG N MAK LANG.. MOGA CEPAT DAPAT BABY.. AMIN..

Aduh.. sudah lama tak jengah blog.. ge mana sihhh..

Minggu lepas cbuk ckit.. tue tak sempat nak mgupdate blog ne.. cian kengkawan aku yg menjegah blog ne.. ada ker yg sudi menjegah??? asyik keluar title yg sm jer.. hehehheheh... maklum la kat umah tak de broadband.. so curi2 kat ofis jer la.. agak kurang sopan betul.. ish ish ank sapa la ne..

weekend aku tak ge mn2 pun.. dok umah jer.. boring yg agak menggila ne.. huhuhuhuhu... tension aku asyik dok umah jer.. mlm jumaat tue da la ge pasar mlm ngan omak... beli mknn ckit.. tgk baju... tudung.. lawa2 jgk tp tak sempat pun nak merembat satu.. sabtu pun melepak kat umah gak.. nak keluar meronggeng almaklum la tengah2 bulan ne.. pokai... cuma petang tue tak tahan sgt dah cam dah nak naik giler dok umah... aku pun start kete tapi tak tau nak ge mn... ada jugk ker org cam ne.. bleh.. ish ish.. betul2 keje yg agak sia2.. bawa punya bw sampai la ker satu tempat ne.. nnt aku tunjuk korang gmbr tmpt tue yea.. jadi keje jugak la aku ne sorang2 plak tue..

ha aku ge kat tmpt ne la.. tp tak ambik gmbr pun.. ne pun copy dlm tenet.. tp sekarag ne tak nyer cntik cam ne sbb musim orang membajak..



lbh kurang cam ne la pemandangan nyer.. da pun tanah lumpur klau da pun yg cam rumput carpet tue jer.. tp memang lapang la ckit fikiran aku.. dari dok serabut tue... apa la yg difikirkan??? nmpk cam dah teruk sgt masalah tue.. huhuhuhuhu.. biasa la kehidupan selagi kt bernyawa maka nyer hidup penuh dengan itu ini, begitu dan begini..

Thursday, October 8, 2009

Baru nak brblogging..

Ari ne baru nak mula berblogging2 ne.. sblm ne dok mengintai blog org jer.. lm2 syiok la plak.. terus join.. ne pun berkat pertolongan bdk ofis aku.. klau hrp chek.. sowi la... mls nak mengodek2 ne.. hehhehe..