Monday, November 9, 2009

Pisau Cukur...


sbtu lpas ari tue.. aku ngan member aku keluar ge center square nak tgk wayang... kami dah berjanji punya la lama nak keluar bersama.. finally berjaya jgk setelah menempuh bnyak halangan.. heheheheh..... ingatkan pisau cukur tak tayang ge kat sp.. tp tak menghampakan.. ada lo plak.. suka suka.. sbnar nyer suka tgk fazura n maya yg gedik lebih tue.. so aku pun sama gedik la tgk cite ne...

i like this girl... hehehehe.. jgn salah faham k.. ckit ckit msti ne terkeluar dr mulut dia.. oh my Gucci, Oh my Coach, Oh my Dior, Oh my Prada.. segala barang branded semua dia nak sbut la..hehehhe

yg ne dr kecik dok bercita2 nak kahwin ngan Tan Sri.. klau tak boleh pun ngan datuk.. of course la semua nak idup senang lenang.. sapa tak nak oiii....

cite pisau cukur ok la.. santai.. ge la tgk klau korang nak tgk kegedikkan si bella n intan ne.. i like.. pes nonton perut pun lapar.. ge tesco terus makan.. cam tak de tmpat la dah ktorg nee.. biasa la perut dah mengelupur lapar.. hentam saja la..

Sunday, November 8, 2009

Allah cipta sesuatu itu pasti da sebab nyer.... begitu jugak semut.. cb korang baca kartun kat bawah ne..

Pesan Atok : Episod Semut
www.iLuvislam.com









Jom munasabah diri selagi masih bernyawa ...

PAKU YANG LEKAT DI HATI
www.iluvislam.com







“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

Monday, November 2, 2009

Sejauh Manakah Kita Bersyukur Dalam Kehidupan Ini?


Dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak pernah terlepas daripada menghadapi perasaan susah hati, gusar, dan sebagainya. Tidak kira sehebat mana pun anda, anda akan tetap merasai perasaan tersebut. Pada pandangan peribadi saya, perasaan susah hati ini timbul apabila kita tidak memanjatkan kesyukuran atas kurniaan rezeki yang dikurniakan oleh-Nya.


Tanya pada diri anda sendiri, adakah setiap perjuangan yang anda lakukan dalam kehidupan seharian anda diakhiri dengan ucapan syukur kepada Allah S.W.T? Adakah anda seorang yang terlalu mengejar dunia sehingga lupakan amalan yang perlu dibawa ke akhirat kelak?


Ramai yang mengadu menghadapi kesukaran dalam kehidupan tidak kira daripada pelbagai aspek seperti kewangan, percintaan, keluarga dan sebagainya. Ketahuilah bahawa setiap kesukaran yang anda hadapi, pasti akan ada orang selain daripada anda yang menempuhi dugaan yang lebih dahsyat daripada anda. Oleh itu, sentiasalah bersyukur atas apa yang berlaku dalam diri anda dan sentiasa memperbaiki kehidupan anda pada masa akan datang.


Kuasa Bersyukur


Bersyukur bukan sahaja dapat mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T, malah ia dapat memberikan ketenangan yang tiada tandingannya. Setiap ketenangan itulah akan membawa kita untuk meneruskan kehidupan serta berusaha untuk meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik dan diberkati oleh-Nya.


Jadi mulai hari ini marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran atas segala kurniaan rezeki yang diberikan. Saya percaya setiap halangan dan cabaran yang diturunkan oleh Allah S.W.T pasti membawa hikmah yang mempunyai 1001 maksud tersirat. Sama-samalah kita berjuang ke jalan yang dibenar dan diredhai oleh-Nya.


Ya Allah Ya Razak, kurniakanlah kami rezeki yang halal dan diberkati olehmu dalam setiap saat ketika kami menjalankan kehidupan seharian kami. Sesungguhnya kami hanya hambamu yang lemah. Bantulah kami dan basahkanlah lidah kami ini agar kami dapat memanjatkan rasa kesyukuran atas segala kurniaan daripadamu Ya Allah..Amin..


Artikel ini di petik dari laman http://motivasikejayaan.com